Thursday, 21 November 2013

10:40
2
Borang Permohonan RMR1M Download Percuma | RMRiM adalah satu rancangan kerajaan bagi membantu golongan yang tidak mampu membeli rumah tetapi mempunyai tanah untuk dibina sebuah rumah yang selesa di bawah bantuan seliaan SPNB.

Dibawah program ini SPNB akan membina sebuah rumah di tanah lot anda dan pembiayaan akan dibuat melalui pinjaman anda kepada bank dan anda akan mendapat 2% jumlah discount daripada kadar faedah yang dikenakan oleh bank.Selain itu kerajaan juga akan menanggung RM20,000 daripada jumlah keseluruhan pinjaman anda.

Bagi anda yang berminat untuk memohon RMR1M ini anda perlulah mendaftarkan diri anda di SPNB untuk mengisi borang secara online di Laman web ini RMR1M SPNB Online. Walau bagaimana kepada anda yang berminat untuk mengisinya secara manual kami telah mencari satu link untuk download borang RMRIM ini secara percuma berikut kami sediakan Link nya
Borang Permohonan RMR1M Download Percuma

Borang permohonan RMR1M 

Anda boleh download borang RMR1M dengan pecuma di Link yang berikut Muat Turun Borang RMR1M
Borang Permohonan RMR1M ini haruslah di isi dengan lengkap dengan segala maklumat yang tepat dan menyediakan dokument-dokument yang di minta dan perlulah di hantar kepada Wakil Rakyat untuk menyemak dan membuat keputusan sama ada diterima atau di tolak.



Terdapat Tiga langkah  anda boleh melakukannya. Muat naik dokumen yang diminta di Pejabat Wakil Rakyat. 


  • Pihak Pejabat Wakil Rakyat akan membantu imbas (scan) dokumen dan memuat naik ke dalam sistem. 
  • Pemohon boleh muat naik sendiri. Pemohon akan diberikan login dan kata laluan untuk masuk ke dalam sistem. Pemohon boleh imbas dan muat naik dokumen di rumah. 
  • Hantar dokumen secara terus ke pejabat SPNB samada pejabat cawangan/satelit berdekatan atau melalui pos.
Sekian sudah post kami tentang Permohonan RMR1M ini kami berharap ianya dapat memberikan anda sedikit kebaikan dan cara untuk anda memohon bantuan RMR1M ini. Bagi saya ianya sangat berbaloi bagi sesiapa yang sudah mempunyai tanah dan berminat untuk membuat rumah dengan bantuan kerajaan dan beberapa Agensi Kerajaan dan jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang cara permohonan ini lebih elok jika anda pergi sendiri ke agensi kerajaan yang berdekatan untuk bantuan.

2 comments:

  1. Anda kesilapan sedikit, untuk akses online, bukan mohon pada SPNB tetapi mohon kepada ADUN kawasan ....sila berpandukan manual yang telah disediakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi terima kasih sudah di ubah kikiki

      Delete