Monday, 2 December 2013

02:56
Sultan Brunei Kawal Jalan Raya Ketika Berlaku Kemalangan | Sultan Brunei seorang pemimpin islam yang digeruni dan dihormati di seluruh dunia dan telah memalukan beberapa negara arab dengan melaksanakan Hudud sebagai undang-undang di negara itu. Kenapa saya berkata sultan ini telah memalukan negara arab ini anda fikirlah sendiri. 
Sultan Brunei Kawal Jalan Raya Ketika Berlaku Kemalangan


Saya amat kagum melihat bagaimana sultan brunei ini mengawal keadaan lalu lintas apabila polis pengiringnya yang telah dirempuh dengan kereta oleh seorang pemandu wanita.

Kejadian berlaku berdekatan Jerudong Park di Lebuh Raya Muara-Tutong semalam. Kagum dengan kesudian baginda keluar dari kereta Diraja dan mengawal keadaan lalu lintas sementara anggota pengiringnya diberikan rawatan kecemasan. Bayangkan perasaan rakyat Brunei yang berkesempatan melihat kerendahan hati dan kemulian yang ditunjukan oleh pemerintah mereka ketika memandu melalui jalan berkenaan. Dalam kejadian itu, seorang anggota patah bahu kiri dan tangan, manakala seorang lagi cedera ringan tetapi masih dalam keadaan trauma dan terkejut selepas mereka dilanggar oleh sebuah kereta dipercayai memandu melebihi had laju yang dibenarkan.

Bagi saya inilah sultan yang wajib kita taati

0 comments:

Post a Comment